- Adab2 bertamu ketika berlebaran
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim..
Selamat berlebaran 'aidul Fitri.
1. Elakkan berkunjung ke rumah tamu secara serentak beramai2 kerana ini akan menykarkan tuanrumah melaya dan beramah-mesra degan tetamu kesemuanya dan akan menimbulkan rasa tidak senanghati kerana tidak dapat mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW, iaitu memuliakan kesemua tamu (dengan sempurna).
2. Janga
n dijadikan TV sebagai ganti diri melayan tetamu kerana masa untuk bertemu dan beramah mesra mungkin tidak banyak tersedia. Berilah layanan terbaik mungkin kepada kesemua tetamu tanpa 'memilih bulu'.
3. Berilah masa yang secukupnya untuk tuanrumah memberi layanan sesempurna mungkin. 20 minit serumah bukan ziarah namanya kerana tak sempatpun tuanrumah nak sediakan apa2 untuk tetamu. Luankan lebih masa untuk tuanrumah supaya dapat memberi layan sempurna. Jadikan masa bertamu itu masa yang berkualiti dan bukannya "berkuantity".
4. Galakkan padangan2 muda berziarah secara sendiri supaya mereka juga dapat berinteraksi dengan tuanrumah secara lebih sempurna dan tidak 'berselindung' di balik ibubapa mereka....sampai bila baru boleh 'berdikari'?
5. Katakan BOLEH pada perubahan yang lebih baik sesuai dengan anjuran Allah SWT dan Rasul pilihanNya saling hormat menghormati di antara tetamu dan tuanrumah.
Sekadar berkongsi pengetahuan untuk perubahan positive bermula tahun ini... Mohon ma'af 'lahir dan batin'
Kullu 'aamun wa antum bil khair....
- Din
Sunday, 19 August 2012
Adab-adab bertamu ketika lebaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment